* Untuk pengantin bertudung , elakkan dari mengenakan aksesori yang terlalu berat. Ini adalah kerana aksesori pada tudung adalah tidak sebebas pada rambut yang lebih berleluasa untuk dipinkan , disisir atau diikat.
* Jangan terlalu obsess untuk mengikuti trend-trend artis kawin sebab apa yang diorang pakai tidak semestinya sesuai dengan anda.
* Apabila memilih tudung, jangan pulak sama warna dengan baju sekiranya baju berwarna gelap.. Biarlah cerah sikit dari warna baju.
* Ada pengantin yang suka mengenakan crown yang besar. Dah nampak macam miss universe pulak ! Elok pilih crown atau tiara yang sederhana . Jangan serah bulat2 pada mak andam atau pak andam. You must also be your own judge.
* Untuk majlis nikah, elok mengenakan aksesori jenis "comb"yang berbentuk bunga,mutiara, dll.